Istilah asas bagi syor memadamkan sesuatu rencana Wikipedia:Permohonan_memadam_laman

Pada kebiasaan, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai oleh Wikipedis untuk memulakan langkah-langkah pemadaman rencana, istilah-istilah ringkas yang diguna pakai bertujuan untuk menerangkan secara kasar mengapa sesuatu rencana itu disyorkan untuk dipadam selain itu ia bagi memastikan para pencipta rencana baru dapat lebih peka terhadap bentuk rencana bagaimana yang akan dihapuskan didalam Wikipedia.

Istilah-istilah kecil ini akan diletakkan dalam tag namun ia dipisahkan dengan simbol "|". Sebagai contoh:{{Hapus|Vandalisme}}. Hasilnya, skrin akan memaparkan kotak tag seperti ini:

JANGAN BUANG PENYATA INI, MEMBUANGNYA BOLEH MENYEBABKAN ANDA DISEKAT DARI MENYUNTING DI WIKIPEDIA
Laman ini telah dicadangkan untuk dihapuskan, kerana
Vandalisme.


Jika anda tidak bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan sebabnya di sini, atau di laman perbincangannya.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat dasar penghapusan laman Wikipedia.

Contoh istilah umum yang digunapakai dan ertinya:

  • Vandalisme: Istilah ini diletakkan dalam tag untuk menggambarkan rencana itu bukannya rencana tetapi pernyataan yang berunsur fitnah, laku musnah, kekarutan, tidak ilmiah, istilah mini, pernyataan peribadi, keluhan hati dan perasaan, istilah ganas, kejam, kesat, seram, seks atau lain-lain penyataan yang boleh dianggap cemar atau vandal.
  • Kurang/Tak Ensiklopedik: Istilah yang diletakkan dalam tag bagi menggambarkan rencana itu terlalu ringkas atau ringkas atau hampir ringkas serta tidak ensiklopedik, hampir tak ensiklopedik atau langsung tidak ensiklopedik walaupun panjang akan penyataan atau rencananya. Istilah ini turut digunapakai bagi penghapusan jika rencana yang dicipta berbentuk cerita, kamus, kosa kata, berita atau apa-apa rencana yang bukan berusur ensiklopedia.
  • Berbahaya/Sangat antagonis: Istilah penghapusan yang digunakan dalam tag bagi menggambarkan rencana itu sangat berbahaya, antagonis, penyataan atau rencana yang boleh atau dikhuatiri mampu menyebabkan pergaduhan besar, peperangan, keruntuhan sosio-ekonomi dan moral yang tidak dapat dikawal. Vandalisme tinggi, hal berkaitan keselamatan negara, rahsia keselamatan yang begitu sulit yang langsung tidak boleh didedahkan pada umum, jika atau cuba didedahkan di Wikipedia, para Wikipedist perlu memadamkan rencana tersebut mengikut lunas undang-undang antarabangsa berkaitan rencana/penyataan yang tidak boleh didedahkan tanpa permit sah.
  • Tiada makna/Sukar difahami: Merujuk kepada sesuatu rencana atau pernyataan tidak kira panjang atau pendek yang bersifat merapu atau sengaja diperbuat-buatkan atau penggunaan istilah bahasa yang begitu sukar difahami atau hampir tidak mampu difahami atau langsung tidak mampu difahami selain maknanya yang begitu teruk, tiada kepentingan sehinggakan pernyataan akan atau telah berubah menjadi tidak bermakna. Maka haruslah diletakkan istilah ini jika merasakan rencana atau pernyataan yang dimaksudkan adalah seperti diatas. Perlu diingatkan, jika sesebuah rencana itu hanya mengandungi satu bahagian atau perenggan yang tiada mempunyai makna atau sukar difahami maka hanya bahagian itu sahajalah perlu dibuang.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Permohonan_memadam_laman //scholar.google.com/scholar?q=%22Muhammad+Hanif+S... //www.google.com/search?&q=%22Muhammad+Hanif+Sulth... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Muham... //www.google.com/search?q=%22Muhammad+Hanif+Sultho... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Muhammad+Ha... http://m.kompasiana.com/mnito/hanif-sulthoni-novel... http://cewekbanget.id/Creators-Room/Kenalan-Yuk-De... http://m.teen.co.id/read/3075/hanif-sulthoni-penul... http://deletionpedia.org/en/Muhammad_Hanif_Sulthon... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...